Persiapan skuad badminton negara ke Piala Sudirman semakin ke fasa akhir dengan perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei, dalam misi merebut tempat selaku perseorangan kedua menjelang kejohanan di Nanning, China itu 19 Mei ini.
June Wei perlu merebut tempat dengan seorang lagi perseorangan negara, Soong Joo Ven, selepas Lee Zii Jia diletakkan sebagai perseorangan utama.
Pemain berusia 22 tahun itu meluahkan hasratnya untuk membuktikan kemampuannya dalam menggalas cabaran berkenaan walaupun kerap terkandas seawal pusingan pertama dalam beberapa kejohanan tahun ini.
"Saya berharap dapat terpilih tetapi jika tidak dapat, saya tidak boleh buat apa-apa.
"Jika terpilih, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dan meraih kemenangan," katanya.
Dalam pada itu, June Wei menganggap peluang mewakili negara dalam kejohanan itu akan menawarkan pendedahan dan pengalaman kepadanya untuk bersaing dengan kelompok atasan dunia memandangkan Malaysia akan berdepan China dan India dalam saingan Kumpulan 1D.
Bagaimanapun, atlet kelahiran Pulau Pinang itu mengakui sedang bergelut untuk meningkatkan prestasinya dengan misi memperbaiki rankingnya daripada ke-77 kepada ke-30 terbaik dunia.
"Jika berpeluang beraksi, saya berharap dapat melakukan kejutan untuk meningkatkan tahap keyakinan saya.
"Selepas ini, masih ada kejohanan lain, jadi harap-harap saya dapat meningkatkan ranking saya ke kedudukan ke-30 terbaik dunia," tambahnya.