Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, berharap mampu mengubati kekecewaan dalam saingan Piala Sudirman bermula bulan depan apabila terlepas kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Terbuka New Zealand.
Dua minggu menjelang Piala Sudirman di Nanning, China, Jin Wei berharap mampu berada di tahap kecergasan terbaik untuk bersaing di peringkat kompetitif.
Apatah lagi, ia merupakan saingan penting buat pemain wanita nombor satu negara itu untuk mengumpul mata kelayakan bagi menempah slot ke Tokyo tahun depan.
Pemain yang berada di ranking ke-26 dunia itu mengalami kecederaan hamstring sejak menamatkan kempen Terbuka Malaysia, awal bulan ini.
"Saya mengalami kecederaan hamstring hingga terlepas beberapa kejohanan sebelum ini dan berharap untuk mempamerkan aksi yang lebih baik dalam kejohanan seterusnya," katanya.
Bagi Jin Wei, kecederaannya sudah semakin pulih, namun perlu meningkatkan tahap kecergasan dengan segera.
"Saya tidak sabar untuk beraksi dalam Piala Sudirman. Tidak mengira siapa lawan Malaysia, China atau India, saya mahu memberikan persembahan terbaik demi Malaysia."