Jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui, mengakui hakikat bahawa anak didiknya wajib menyumbangkan mata seandainya Malaysia mahu mara lebih jauh dalam kejohanan badminton berpasukan campuran Piala Sudirman di Gold Coast, Australia bermula hari ini.
Beregu campuran yang menunjukkan peningkatan mendadak selepas kejayaan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dalam Sukan Olimpik Rio 2016 menjadi sandaran skuad Piala Sudirman kali ini.
Kelemahan dalam permainan skuad wanita, sama ada perseorangan mahupun beregu, menguatkan lagi hujah betapa anak buah Eei Hui perlu memainkan peranan penting bagi memastikan Malaysia melepasi dua saingan peringkat Kumpulan C menentang Jerman dan Jepun.
"Peluang Malaysia adalah 50-50 dalam perlawanan berdepan Jerman dan Jepun, kami masih memiliki dua hari untuk membuat persiapan," kata Eei Hui.
Ketiadaan Liu Ying yang menyentap Malaysia daripada kekuatan utama beregu campuran, menolak gandingan nombor dua Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selaku peneraju untuk mengutip mata.
Selain itu, Peng Soon pula kini diberikan tumpuan khusus untuk membentuk keserasian dengan pasangan baru, Cheah Yee See, mungkin sebagai senjata rahsia skuad negara.
"Tiada kelebihan buat mana-mana pasukan kerana apa-apa sahaja boleh berlaku ketika mereka sedang bersaing di atas gelanggang. Saya berharap skuad negara mampu menyerap tekanan dan memberikan yang terbaik."
Skuad Piala Sudirman negara akan membuka kempen berdepan Jerman pada Selasa sebelum bertemu pilihan kumpulan, Jepun, pada Rabu.