Datuk Lee Chong Wei tetap teruja mengetuai cabaran skuad Piala Sudirman negara di sebalik tuntutan tinggi untuk mencipta sejarah di Gold Coast, Australia.
Berbeza dengan kempen Piala Sudirman terdahulu, Malaysia turun dengan keyakinan berbeza berdasarkan kemampuan skuad negara secara keseluruhannya.
Separuh akhir adalah sasaran realistik buat skuad negara tetapi kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, ke Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara hari ini, menawarkan perspektif berbeza.
Jika Malaysia mampu mencipta kejutan di Sukan Olimpik Rio 2016, mengapa tidak di Gold Coast dengan senario layak ke final buat kali pertama dalam saingan berpasukan campuran itu.
"Kita usah fikir hanya Chong Wei, Tan Wee Kiong-Goh V Shem atau Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sahaja yang mampu menyumbang mata.
"Ini adalah kejohanan berpasukan campuran. Kalau saya kalah, anggota skuad negara yang lain menang, maka kita akan menang.
"Ini bukan kejohanan individu," ujar jaguh perseorangan lelaki negara itu.
Skuad Piala Sudirman akan berlepas ke Gold Coast esok sebelum kempen peringkat kumpulan bermula pada 23 Mei menentang Jerman.
Jadual pelengkap kumpulan menentang Jepun dijangka ujian sebenar buat Malaysia bagi mengelak lawan sukar seperti China jika layak ke suku akhir.
"Saya harap kami boleh meraih kejayaan yang lebih baik daripada edisi terdahulu di mana pencapaian terbaik kita adalah mara ke peringkat separuh akhir.
"Saya harap kami boleh menaikkan lagi semangat kami kerana kami mempunyai tempoh enam hari di sana untuk mengadakan latihan dan menyesuaikan diri."