Chen Tang Jie mengenal pasti bahawa dia dan gandingannya, Toh Ee Wei, perlu segera mengubah momentum apabila berdepan lawan handalan.
Beregu campuran negara itu dibayangi wakil tuan rumah yang menduduki tangga kedua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, tatkala menjadi taruhan pertama di peringkat suku akhir Piala Sudirman di Xiamen, hari ini.
Mereka bergelut untuk mengimbangi permainan lawan sebelum akur 17-21, 17-21 dalam tempoh 49 minit, sekali gus menyaksikan Malaysia disingkirkan 0-3.
"Kami sudah cuba berkomunikasi untuk tukar momentum dan strategi apabila kehilangan mata.
"Kami berhasil memungut mata cuma kekalahan ini disebabkan kami lambat tukar momentum.
"Inilah yang terjadi setiap kali kami berdepan lawan yang berkualiti tinggi," katanya.
Dalam masa sama, Ee Wei juga tidak berselindung bahawa dia perlu menyusun langkah yang lebih kemas agar tidak mudah terperangkap dengan helah lawan.
"Mungkin saya hilang sedikit fokus.
"Sesentengah bulu tangkis datang dengan deras yang adakalanya membuatkan saya terlepas pukulan," katanya pula.