"Kalau kalah kami sama-sama kalah, kalau menang kami sama-sama."
Itu yang disifatkan oleh pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng, yang enggan rakan sepasukannya tertekan dengan pelbagai desakan daripada pihak yang hanya inginkan kejayaan dalam Piala Sudirman BWF.
Percaya dengan kemampuan daripada aspek fizikal dan mental skuad badminton negara untuk mengharungi saingan Piala Sudirman di Suzhou, China, Kian Meng berkata semangat berpasukan yang dipamerkan semua pemain pastinya akan memberi hasil positif buat negara.
"Segalanya termausk persediaan mental sudah pun bersedia.
"Semangat berpasukan (tinggi) dan saya harap kami dapat kekalkan momentum.
"Kami cuba berikan fokus kepada pasukan. Jika kalah maka kami kalah sekali, begitu juga kalau menang.
"Semangat berpasukan boleh banyak membantu kami, bak di dalam dan di luar gelanggang," katanya yang bergandingan di samping Lai Pei Jing ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan C akan membuka kempen bertemu Australia esok diikuti India dan Taiwan.