Pemain beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia, mahu membuktikan kebolehannya sebagai gandingan yang mampu memberikan saingan dalam Kejohanan Piala Sudirman di Nanning, China bermula 19 Mei ini.
Penyertaan sulung buat Aaron dan pasangannya, Soh Wooi Yik, dalam kejohanan itu dilihat sebagai peluang terbaik untuk mengubati kekecewaan selepas terkandas di peringkat suku akhir Kejohanan Terbuka New Zealand, minggu lalu.
Aaron menganggap Malaysia akan berdepan laluan berliku untuk menghadapi India dan China dalam Kumpulan 1D.
Dia beranggapan tugasnya kini lebih sukar selepas gagal memungut sebarang mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Terbuka New Zealand.
"Tahun ini, pasukan kami dibarisi pemain muda.
"Ia merupakan strategi untuk kami berjuang sebagai pasukan bukan pilihan.
"Ia merupakan penampilan pertama saya dalam Piala Sudirman, jadi saya berharap dapat meraih keputusan yang baik untuk negara," katanya.
Dalam pada itu, Aaron-Wooi Yik meletakkan kepercayaan penuh buat barisan kejurulatihan negara untuk menentukan strategi terbaik bagi menundukkan India dan China.
"Kami hanya mempunyai dua beregu tetapi kami mungkin akan dipecahkan menjadi beregu yang baru.
"Bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan jurulatih," tambahnya