Skip to main content

Badminton

PETRONAS Malaysia International Challenge: Eogene Ewe mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eoh.jpg
Perseorangan muda lelaki negara, Eogene Ewe, meneruskan momentum dalam Kejohanan PETRONAS Malaysia International Challenge 2025 selepas menempah tiket ke suku akhir di Arena Badminton Ipoh, hari ini.

Dia yang merupakan pilihan kedua kejohanan turut melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka Kanada baru-baru ini, dengan dia membuat perhitungan berdepan Rasindu Hendhahewa dari Sri Lanka.

Rasindu sukar mengatasi Eogene yang beraksi agresif menyerang untuk tewas 15-12,16-14.

Wakil nagara itu akan berdepan wakil India, Alap Mishra, dalam saingan suku akhir esok.

Malaysia akan mempunyai dua wakil lagi dalam peringkat suku akhir esok termasuk termasuk Chua Kim Sheng dan Jan Jireh Lee.

Kim Sheng akan berdepan Dicky Dwi Pangestu dari Insonesia dan Jan Jireh akan berdepan pilihan pertama dari India iaitu Manraj Singh.

Advertisement

Must Watch Video