Jurulatih beregu wanita negara, Wong Pei Tty, kecewa dengan aksi longlai anak didiknya, Vivian Hoo danWoon Khe Wei selepas tewas kepada Jepun dalam saingan suku akhir Piala Sudirman di Gold Coast, hari ini.
Pei Tty tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan persembahan Vivian-Khe Wei ketika menentang pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.
Tatkala memerlukan kemenangan bagi menyamakan kedudukan 2-2, beregu wanita negara jauh sekali daripada mempamerkan aksi berjuang, sebaliknya terkulai layu tanpa tentangan dengan kekalahan 7-21, 14-21 dalam tempoh 44 minit.
"Ini adalah persembahan terburuk mereka berdepan beregu Jepun ini.
"Sudah tentu ada tekanan dalam acara beregu. Mungkin tekanan terlalu tinggi yang datang daripada diri mereka sendiri," kata Pei Tty.
Dengan pertahanan yang buruk serta kesilapan mudah kerap dilakukan, Vivian-Khe Wei langsung tidak memberikan sebarang bukti bahawa mereka adalah beregu wanita nombor satu negara.
"Kami perlukan mata ini untuk mara ke perlawanan kelima tetapi kami gagal melakukannya. Kami harus terima kekalahan ini," jelas Vivian.
Persembahan buruk beregu wanita negara itu turut mengejutkan lawan mereka.
"Saya terkejut kami menang dengan mudah. Sebelum ini kami bertarung dengan sengit dalam beberapa kejohanan tetapi kali ini kami dapat mengawal permainan sepenuhnya," ujar Misaki.
Sementara itu, Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, menyifatkan Malaysia sudah memberikan yang terbaik tetapi kekalahan beregu lelaki menyukarkan misi Malaysia untuk menang.
Frost mengakui beregu lelaki menjadi penentu kejayaan kepada kedua-dua pasukan Malaysia dan Jepun, tetapi malangnya gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal memberikan mata kemenangan yang dicari.
"Jepun mempamerkan aksi mantap, terutama dalam beregu lelaki. Mereka berjaya mengekalkan corak permainan yang baik dan akhirnya melakar kemenangan," ujar Frost.
Sementara itu, ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong, menyifatkan kemenangan dalam beregu lelaki membuka laluan kepada pasukan Negara Matahari Terbit itu untuk menewaskan Malaysia.
"Keyakinan kami lebih tinggi selepas kemenangan ini. Beregu lelaki memainkan peranan besar dalam menghadiahkan kemenangan," jelas Joo Bong.
Jepun akan menentang China manakala Thailand akan berdepan Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir, esok.