Skip to main content

Badminton

Perbaiki skuad wanita -- Selvaraj

james-selvaraj-290517.jpg
Skuad badminton wanita negara mengharungi kempen yang longlai sepanjang kempen Piala Sudirman di Gold Coast yang berakhir semalam.

Bagi legenda badminton negara, Datuk James Selvaraj, sudah tiba masanya untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi perhatian yang lebih kepada pemain-pemain wanita negara.

Baginya, jurang di antara pemain Malaysia dan negara lain sangat ketara, terutama dalam perlawanan peringkat kumpulan dan suku akhir, di mana kedua-duanya skuad negara tewas di tangan Jepun.

Skuad wanita juga dilihat gagal untuk menterjemahkan impak yang besar dalam setiap perlawanan, sekaligus membuatkan BAM bakal menghadapi tugas berat untuk mengelak daripada terus dilabelkan sekadar melengkapkan jadual.

“Jika anda saksikan perlawanan, jurang besar dan ketara boleh kita lihat.

“Sudah tiba masa untuk melihat semula di mana silapnya dan perbetulkan dari peringkat awal,” ujarnya. 

James juga meluahkan kekecewaan terhadap pasangan beregu utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, yang beraksi di bawah tahap sebenar mereka.

“Semua orang tahu beregu wanita Jepun jauh lebih baik, jadi mereka sendiri telah meletakkan perhatian penuh kepada beregu lelaki,” kata James.

“Mereka bermain dengan sangat baik sehingga memenangi perlawanan (beregu), kerana mereka tahu mereka tidak mampu menyaingi perseorangan,” ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video