Masalah pening kepala yang dialami pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat, tiada kaitan dengan sejarah perubatannya sebelum ini.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, berkata selepas sesi latihan pagi tadi, Soon Huat mengadu kurang sihat dan kemudian bertemu doktor bagi mendapatkan nasihat.
Katanya, selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menasihati Soon Huat untuk berehat, sekali gus memaksa pemain itu dan gandingannya, Shevon Lai Jemie, menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019 hari ini.
"Ini memang satu berita kurang bagus dan juga tidak bernasib baik untuk Soon Huat.
"Soon Huat cuma rasa kurang sihat dan buat masa sekarang doktor mengesahkan bahawa masalah itu tiada kaitan dengan sejarah perubatannya sebelum ini. Itu satu berita baik," kata Choong Hann.
Pada 2013, Soon Huat yang ketika itu berusia 19 tahun dan merupakan pemain perseorangan lelaki negara, pengsan ketika beraksi dalam Grand Prix Terbuka Indonesia dan tidak lama kemudian, dia menjalani pembedahan di kepala bagi merawat masalah kesihatannya.
Dalam saingan kali ini, Soon Huat-Shevon terpaksa menarik diri, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, untuk melangkah ke suku akhir yang akan berlangsung esok.
Gandingan Thailand itu akan berdepan pasangan dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith, yang sebelum itu menundukkan beregu China, Ou Xuanyi-Feng Xueying, 21-14, 24-22.
Sementara itu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengubat kekecewaan kem badminton Malaysia apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan lawan masing-masing.
Kian Meng-Pei Jing, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras untuk memastikan tempat dalam suku akhir dengan mengetepikan pasangan India, Pranaav Jerry Chopra-Reddy N.Sikki, 15-21, 21-17, 21-13.
"Walaupun kalah dalam set pertama, dalam hati kami memang mahu menang. Kami tidak fikir kalau kalah macam mana, kami cuma fikir untuk terus mencuba. Kalau tidak jadi (corak permainan) pun kena cuba sampai habis (perlawanan). Tidak fikir untuk putus asa sebab memang fikir untuk menang sahaja," kata Pei Jing.
Kian Meng-Pei Jing yang kini menduduki ranking ke-38 dunia akan berdepan Tontowi Ahmad bersama gandingan baharunya, Winny Oktavina Kandow dari Indonesia, dalam suku akhir.
Gandingan Peng Soon-Liu Ying pula akan berdepan pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping. Terdahulu, gandingan profesional negara yang menduduki ranking kelima dunia itu menewaskan pasangan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Pia Zebadiah Bernadet, 21-13, 21-14 dalam aksi pusingan kedua.
Dua lagi pasangan beregu lelaki profesional negara Chooi Kah Meng-Low Juan Shen dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong, gagal ke suku akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Pasangan Kah Meng-Juan Shen tunduk kepada pilihan keenam dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, 18-21, 12-21 manakala V Shem-Wee Kiong pula tewas kepada pilihan ketiga dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, 21-10, 13-21, 9-21.
-- BERNAMA