Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro, pula menyokong hasrat menganjurkan Sukan Komanwel dengan syarat, ianya berpaksikan penganjuran yang sederhana.

Biarpun berdepan kekangan masa, namun Monteiro yang juga bekas Chef De Mission (CDM) temasya 2022 di Birmingham, optimis dengan penganjuran temasya sukan itu, memandangkan Malaysia memiliki venue terbaik dunia antaranya dalam sukan terjun, renang serta basikal trek.

Antara faktor utama monteiro menyokong penganjuran Sukan Komanwel 2026 adalah pelaburan kewangan RM602 juta daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk mengurangkan beban kewangan anjuran temasya tersebut.