Kehilangan Goh Liu Ying akibat kecederaan semestinya merencatkan perancangan buat beregu campuran negara.
Sejak Liu Ying tiada, pasangannya, Chan Peng Soon, digandingkan dengan pemain muda, Cheah Yee See, serta seorang lagi bakat muda, Peck Yen Wei.
Apabila ditanya mengenai perancangan selepas kehilangan Liu Ying, jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang, menjelaskan segalanya sudah diatur dan ternyata pengalaman yang dimiliki Peng Soon dapat membantu seluruh kem beregu negara.
"Peng Soon mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi bersama pemain muda," ujar Cheh Chang.
"Kami memikirkan yang terbaik untuk masa depan, jadi kami akan cuba rancang berdasarkan pertandingan.
"Kecederaan yang dihadapi Liu Ying juga tidak membolehkan dia beraksi secara terus-menerus," katanya.
Cheh Chang juga memiliki tugas berat, iaitu mengekalkan prestasi gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta memperkembangkan permainan Goh Soon Huat-Shevon Lai.
"Setakat ini, semua pemain boleh dilihat meningkat dari segi permainan dan prestasi," ujar Cheh Chang.