Skip to main content

Badminton

Peng Soon-Liu Ying bukti masih beregu terbaik

peng-soon-liu-ying.jpg
Kejayaan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand, semalam, membuktikan mereka masih gandingan terbaik negara berbanding pencabar daripada kem kebangsaan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Peng Soon-Liu Ying muncul juara selepas mengungguli pertembungan epik menentang wakil Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti, 21-14, 16-21, 29-27 dalam tempoh satu jam dan 24 minit.

Dalam laluan itu, gandingan profesional berkenaan turut menidakkan pasangan BAM, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, di peringkat suku akhir.

Ironinya, Praveen-Melati turut menyingkirkan satu lagi wakil BAM, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dalam suku akhir.

"Kita tidak boleh katakan siapa bagus dan siapa tidak kerana mereka memahami cara permainan masing-masing.

"Prestasi harian mereka bergantung kepada bagaimana mereka menangani setiap situasi.

"Sebagai contoh, jika mereka menghadapi pasangan Jepun, persefahaman mereka dengan pasangan akan menjadi lebih baik.

"Ia berbeza jika mereka bertemu dengan pasangan senegara kerana mereka saling mengenali.

"Mereka kini perlu mencari cara lain untuk meningkatkan permainan mereka," kata ketua jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang

Advertisement

Must Watch Video