BADMINTON
Pemain profesional negara sahut perkenalan 15 mata
Rata-rata pemain profesional badminton negara menzahirkan reaksi berbeza terhadap percubaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi melaksanakan penukaran format darioada 21 mata kepada 15 mata.
Jika aksi terikat 14-14, jurang dua mata diperlukan untuk memenangi set tersebut sebelum mata maksimum 21.
Terdahulu, perubahan tersebut diberi perhatian selepas usul menggunakan sistem 15 mata mendapat sokongan dalam mesyuarat badan induk itu, November lalu.
Iklan
Kebajikan pemain dan penjadualan akan menjadi lebih baik jika sistem itu diperkenalkan.
"Baguslah ada perubahan sebab sudah lama 21 mata diterapkan.
"Atlet perlu berusaha menyesuaikan diri," kata beregu campuran profesional negara, Lim Chiew Sien.
Menurut beregu lelaki profesional negara, Azriyn Ayub: "Permainan akan lebih laju. Kiraan mata berkurangan dan pemain akan lebih berikan fokus sebab permainan jadi singkat."
Rakannya selaku olimpian, Tan Wee Kiong, menambah: "Di atas kertas bagus untuk senior sebab boleh main lebih lama.
"Tetapi saya belum cuba jadi tak pasti lagi. Mungkin rentak permainan akan bertukar."
Must-Watch Video