BADMINTON
Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemaskini terbaru ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga ke kedudukan keenam berbanding kelima sebelum ini.
Kini, kedudukan kelima menjadi milik pasangan Rin Iwanaga dan Kie Nakashi yang mengumpul 79,600 mata manakala Pearly dan Thinaah pula 78,220 mata.
Tahun ini, pencapaian terbaik mereka muncul Naib Juara Masters Indonesia. Pearly dan Thinaah bakal beraksi di Masters Orleans yang akan berlangsung pada 4 hingga 9 Mac depan.
Iklan
๐ BWF World Ranking๐ธ Mixed Doubles๐ 18 February 2025Gicquel/Delrue ๐ซ๐ท goes up to #6 after #EMTC2025.Hoo/Cheng ๐ฒ๐พ achieves a new career high as #14.Kapila/Crasto ๐ฎ๐ณ leaps 7 spots to the top 30.#BAMTC2025 #Badminton pic.twitter.com/03sQr5PeDzโ Statminton (@Statminton) February 17, 2025
Selepas itu, cabaran sebenar dua pemain ini ialah di Kejohanan Seluruh England yang akan berlangsung pada 11 hingga16 Mac nanti.
Lain perkembangan ranking ialah pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Lai melonjak ke tangga ke tiga dalam beregu campuran memintas kedudukan yang sebelum ini milik Chen Tang Jie serta Toh Ee Wei
Dalam pada itu, perseorangan lelaki Negara, Lee Zii Jia pula kekal di kedudukan ke tujuh dunia, turut tidak berubah ialah kedudukan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di tempat ke-2.
Manakala Aaron Chia dan Soh Woi Yik kekal ke lima terbaik dunia.
Must-Watch Video