Skip to main content

Badminton

Pearly Tan-Thinaah bakal huni ranking keempat dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thinaah.jpg
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, dijangkakan bakal melojak ke kedudukan ranking keempat dunia menjelang kemasakini rasmi daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa depan.

Peningkatan itu susulan prestasi terakhir mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC), Kejohanan Seluruh England dan Ketika membawa cabaran negara ke pusingan suku akhir dalam kempen Piala Sudirman 2025.

Kini mereka menghuni kedudukan kelima dengan 78,220 mata daripada 19 kejohanan yang disertainya setakat ini.

Sekiranya mereka menghuni ranking keempat dunia, wakil negara itu bakal mengulangi pencapaian bekas pemain beregu wanita negara, Chin Ee Hui/Wong Pei Tty pada 2010.
 

Advertisement

Must Watch Video