Nampaknya percaturan strategi menggunakan bahasa satu Malaysia itu dalam saingan suku akhir acara badminton Sukan Olimpik Paris berhasil.
Malaysia mara ke pusingan separuh akhir untuk melakar sejarah pencapaian terbaik kategori beregu wanita di Porte de La Chapelle Arena.
Beregu wanita kesayangan negara, Pearly Tan-M. Thinaah membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila berjaya mengenepikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik edisi lalu di Tokyo, Kim So Yeong-Kong Hee Yong, dari Korea Selatan biarpun dianggap ‘underdog’.
Menang set pertama, walaupun diuji ke segenap penjuru, situasi interval break menyaksikan jurulatih, Hoon Thien How, memberi arahan membincangkan perancangan untuk aksi di set kedua dalam bahasa Mandarin.
Sifat Thinaah, yang mempelajari lebih dari satu bahasa, sekali gus menguasainya, pasti dapat memberi kelebihan di mana-mana dan ia sepatutnya dijadikan contoh buat rakyat Malaysia.
Set kedua terus didominasi pasangan negara dengan Keputusan penuh memihak Malaysia 21-12, 21-13.
Selepas ini Malaysia perlu bersedia untuk bertemu pasangan China, Chen Qingchen-Jia Yifan.
Untuk rekod Pearly-Thinaah tewas dua set di pusingan awal bertemu lawan dari China.