Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Lin Dan ramal pertembungan final Yuqi, Axelsen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

axelsen.jpg
Legenda China, Lin Dan, meramalkan pertembungan final perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di antara rakan senegaranya yang juga pemain nombor satu dunia, Shi Yuqi, menentang penyandang juara,  Viktor Axelsen di Arena Porte de la Chapelle di Paris pada 5 Ogos depan.

“Yuqi dan Axelsen diletakkan dalam kumpulan yang berasingan. Ia seolah-olah meramalkan pertembungan epik di antara kedua-duanya dalam final. 

“Bagi saya, Yuqi mempunyai kelebihan mental kerana dia bergelut secara agresif untuk memenangi kejuaraan. Axelsen mungkin lebih tertekan sebagai juara bertahan. Pendekatan tanpa rasa takut Yuqi mungkin membolehkan dia menjelmakan persembahan kemuncaknya.

 

“Jelas bahawa tumpuannya ketika ini ialah memenangi Sukan Olimpik. Sepanjang dua tahun lalu, Axelsen pula dianggap sebagai pilihan untuk memenangi Sukan Olimpik.

“Tetapi tahun ini, saya berasakan berlaku perubahan. Yuqi teguh dalam sasarannya untuk memenangi pingat emas. Berdasarkan prestasi mengagumkannya dalam separuh pertama tahun ini, dia mempunyai keupayaan untuk melakukannya. Dia juga kelihatan seperti pemain yang mempunyai keyakinan. 

"Tanpa pemikiran seperti itu, pingat emas mungkin sesuatu yang mustahil untuk dicapai,” kata pemenang dua emas temasya itu.

Advertisement

Must Watch Video