BADMINTON
Paris 2024: Kami sudah cuba tenangkan diri -- Soh Wooi Yik
Beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, mengakui faktor ketenangan menjadi punca mereka tewas dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.
Wooi Yik bersama gandingannya, Aaron Chia, gagal ke penentuan pingat emas setelah tewas 19-21, 21-15, 17-21 kepada beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.
Ditemu bual wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, sejurus tamat perlawanan itu, Wooi Yik mengakui dia dan Aaron hilang ketenangan menuju ke penghujung permainan.
Iklan
"Di penghujung permainan, nampak sangat kami tidak cukup tenang.
"Kami sudah mencuba yang terbaik untuk memberitahu diri kami untuk lebih fokus, untuk lebih tenang tetapi adakalanya, dalam perlawanan yang sengit seperti ini, kita tidak tahu apa yang akan berlaku.
"Dengan apa yang sudah berlaku ini, kami perlu menerimanya," katanya.
Mereka seterusnya masih memiliki satu perlawanan bagi mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi dalam edisi Tokyo 2020.
Must-Watch Video