Skip to main content

Badminton

Paris 2024: Aaron-Wooi Yik bangkit singkir pilihan ketiga untuk ke separuh akhir

aaron-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menyingkirkan gandingan pilihan ketiga dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam aksi suku akhir paling epik Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.

Selepas tewas mudah 13-21 kepada lawan pilihan ketiga berkenaan dalam set pertama, Aaron dan Wooi Yik bangkit menumbangkan lawan itu 21-14 dalam set berikutnya.

Aksi kian sengit dalam set penentuan di mana kedua-dua gandingan saling berkejaran mata tetapi sebaik mengikat kedudukan 16-16, bekas juara dunia itu meraih lima mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama hampir sejam.

Mereka seterusnya akan kembali bertemu beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Kang-Wang Chang, bagi penentuan ke final esok.

Advertisement

Must Watch Video