Skip to main content

Advertisement

Badminton

Paralimpik Dunia: Liek Hou resah kekangan sertai kejohanan

cheh-liek-hou.jpg
Kehilangan ranking nombor satu dunia menyukarkan misi Cheah Liek Hou untuk memburu kejuaraan perseorangan Paralimpik Dunia buat kali ketujuh.

Gelaran pertama Leik Hou di pentas tertinggi Paralimpik dunia hadir menerusi penampilan edisi 2005 di Taiwan.

Lebih mengagumkan, dia mendominasi kategori SU5 sambil mengekalkan ranking sebagai pemain utama dunia.

Bagaimanapun, kemas kini semasa ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Liek Hou sudah jatuh ke tangga kedua sambil diapit dua seteru dari Indonesia, Dheva Anrimushti dan Suryo Nugruho.

Liek Hou dijangka berdepan dengan salah seorang daripada tonggak Indonesia itu bagi perebutan kejuaraan di Switzerland, Ogos depan. 

"Sangat sukar untuk saya menjuarai Kejohanan Dunia kerana ranking saya semakin merosot selepas tidak menyertai kejohanan di Kanada," jelasnya. 

Selain pemburuan kejuaraan dunia, Liek Hou juga perlu menerusakan ikhtiar mencari dana bagi penyertaan ke saingan bertaraf terbuka.

Selepas Switzerland, ada lima kejohanan yang ditawarkan di bawah kalendar BWF sebelum tamat musim 2019.

"Saya perlu setidak-tidaknya menyertai 10 kejohanan setahun. 

"Kalau setakat lima sahaja, tiada gunanya kerana saya perlu mengenal pasti kemampuan dan peningkatan prestasi pihak lawan untuk saya memperbaiki permainan atau belajar strategi permainan mereka," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video