Skip to main content

Badminton

Olimpik 2020 jadi sasaran utama Soon Huat, Shevon

shevon.jpg
Pemain badminton beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, kini fokus dalam memastikan kemaraan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas gagal menyerlah dalam saingan Piala Sudirman baru-baru ini.

Mereka sering dibandingkan dengan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dan jelas sekali ia bukan perkara asinig buat Soon Huat-Shevon.

Peng Soon-Liu Ying kini ampuh di ranking kelima dunia manakala Soon Huat-Shevon sekadar di ranking ke-13, namun jurang kedudukan itu tidak menggusarkan Shevon dalam misi ke Tokyo tahun depan.

"Setakat ini, sasaran utama kami adalah mengumpul mata untuk kelayakan ke Olimpik Tokyo kerana jika menggantikan beregu utama, keutamaan tetap Olimpik," kata Shevon.

Menjelang saingan Terbuka Australia minggu depan, Soon Huat-Shevon bakal menghadapi laluan sukar dan dijangka berdepan Peng Soon-Liu Ying dalam aksi separuh akhir sekiranya melangkah jauh.

"Walaupun ia kejohanan kecil, semua pemain akan turut serta. Kami berdepan wakil Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino. Jadi, bukan mudah untuk berdepan lawan yang menduduki ranking lebih tinggi."

Soon Huat-Shevon tidak begitu menyerlah dalam Piala Sudirman apabila hanya beraksi dalam satu perlawanan menentang India sebelum tewas 21-16, 17-21, 22-24.

Advertisement

Must Watch Video