Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, menganggap keputusannya untuk bertanding jawatan presiden Badminton Asia sebagai tepat.
Ramai yang mempersoalkan tindakan Norza bertanding jawatan presiden di peringkat Asia berikutan beberapa jawatan lain yang telah dipegangnya ketika ini, iaitu presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan presiden BAM.
Bagaimanapun, Norza menegaskan ia demi kelangsungan badminton negara yang semakin tenggelam di peringkat Asia.
"Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, dengan adanya Akademi Badminton Negara, ia membolehkan program pertukaran pemain dengan kuasa besar sukan ini sebagai langkah meningkatkan mutu pemain-pemain negara," katanya.
Norza menegaskan keputusannya untuk bertanding turut melibatkan sokongan beberapa wakil dari kuasa besar Asia lain di mana keputusan akan diumumkan 25 Mei ini di Nanning, China.
Norza bagaimanapun enggan mendedahkan negara yang memberi sokongan terhadapnya.
"Sokongan daripada beberapa pihak telah memberikan keyakinan untuk saya bertanding mendapatkan jawatan tersebut," ujarnya.
Selain Norza, turut bertanding ialah Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai, bagi salah satu daripada tujuh jawatan naib presiden.
"Tarikh tutup penamaan calon adalah pada 25 April lalu, sebulan sebelum Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) diadakan," kata Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Kenny Goh.