Bekas beregu lelaki negara, Chan Chong Ming, mencadangkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik perlu lebih cerewet dalam memilih kejohanan yang akan disertainya.
Ia berikutan kekalahan beregu ranking ketiga dunia itu kepada pencabar dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia pada minggu ini.
Namun, Chong Ming tetap memuji corak permainan yang ditampilkan wakil utama negara itu apabila kini beraksi lebih pantas selain kurang melakukan kesilapan.
Dengan adanya khidmat Herry Iman Pierngadi, mereka dijangka akan terus mencipta kemenangan demi kemenangan dalam kejohanan seterusnya sekiranya mereka tampil dengan gaya permainan seumpama itu.
Mengulas keyakinan di mata-mata penting, pasangan itu disaran agar lebih tenang dan membuat persiapan menyeluruh sebelum turun ke gelanggang.
Aaron-Wooi Yik turut dinasihatkan agar mendapat rehat yang mencukupi bagi memastikan mereka benar-benar kompetitif pada setiap perlawanan.
"Mungkin boleh pilih kejohanan yang lebih sesuai untuk disertai.
"Mereka kini kurang buat pukulan tinggi, pergerakan mereka semakin mantap dan pantas.
"Mereka juga perlu tahu cara untuk memungut mata-mata penting," kata pemenang pingat gangsa juara dunia 2001 itu.