Ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Datuk Tey Seu Bock, menyifatkan misi utama anak didiknya, Soniia Cheah, dalam Kejohanan Dunia sebagai peluang untuk mengejar mata kelayakan Sukan Olimpik di sebalik bakal menjadi sandaran tunggal dalam acara berkenaan.
Selepas membuat beberapa penilaian, Seu Bock yakin Malaysia mampu untuk mendapatkan satu wakil beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tumpuan kini ialah mempersiapkan Soniia selepas Jin Wei masih bergelut dengan masalah kesihatan yang menyaksikan pemain itu mungkin terpaksa melupakan impian beraksi dalam temasya sukan terbesar dunia itu tahun depan.
Namun, Seu Bock mahu Soniia mendapatkan kedudukan kelayakan Sukan Olimpik yang lebih baik untuk memudahkan undian di Tokyo nanti.
"Jika dia boleh beraksi dengan baik, peluang tetap akan ada. Jika dia gagal melakukannya, undian yang baik pun tidak dapat membantu Soniia," katanya.
Soniia akan bertemu pemain Israel, Ksenia Polikarpova, dalam pusingan pertama dan sekiranya meraih kemenangan, dia akan membuat perhitungan dengan pilihan ke-12 kejohanan, Mia Blichfeldt dari Denmark, dan seterusnya lawan yang dikejutkan dalam Terbuka Thailand, He Bingjiao, berkemungkinan menantinya dalam pusingan ketiga.
"Sebelum ini, Soniia sering berdepan laluan sukar dan ini merupakan peluang terbaik buatnya. Dia bagaimanapun perlu menghadapi perlawanan demi perlawanan dalam membantu mencari persembahan terbaiknya."