Beregu wanita nombor satu Malaysia, Lee Meng Yean dan Chow Mei Kuan, sudah segera melupakan kekecewaan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia demi memastikan mereka tidak berputih mata dalam pemburuan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Meng Yean-Mei Kuan menikmati emosi yang berbeza dalam tempoh singkat bermula dengan kejayaan melangkah ke final Terbuka India, 31 Mac lalu.
Selang beberapa hari, mereka ditunjuk jalan keluar dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia kerana gagal mempamerkan aksi memberangsangkan.
Sebagai beregu terbaik negara, mereka menyedari bahaya untuk terus memikirkan kegagalan mencipta impak di laman sendiri.
Apatah lagi kelayakan ke Tokyo 2020 akan bermula secara rasmi 29 April ini.
"Kami akan menyertai kejohanan di New Zealand sebagai kejohanan kelayakan Olimpik yang pertama untuk meraih mata. Kami perlu berlatih dengan lebih keras dan memperbaiki kesilapan untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik," kata Meng Yean.
"Sukar untuk menerima penyingkiran dalam Terbuka Malaysia. Tetapi kami menyedari kelemahan kami dan setiap kelemahan telah dikenal pasti dan ia akan diperbaiki sebelum kejohanan seterusnya," kata Mei Kuan.