BADMINTON
Masters Thailand: Justin Hoh sasar rapatkan jurang prestasi dengan pemain handalan
Perseorangan lelaki kebangsaan yang sering dilanda kecederaan, Justin Hoh, bertekad membuktikan kemampuannya dalam Kejohanan Badminton Masters Thailand, hujung bulan ini.
Dengan kehadiran rakan karib Lee Zii Jia, Anders Antonsen, yang berlatih bersama di di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini, ia secara tidak langsung mampu memberi impak besar dalam persediaannya.
"Saya menjalani latihan dengan bagus tetapi apabila berhadapan pemain handalan seperti Ander Antonesen, mutu permainan di antara kami agak jauh jadi saya perlu pertingkat prestasi lagi.
Iklan
"Saya perlu dapat rentak untuk mengharungi kejohanan. Memandangkan ini merupakan kejohanan pertama yang akan saya sertai pada tahun ini, saya perlu cuba hadirkan tentangan terbaik dan menaikkan ranking," katanya.
Terdahulu, Justin ditimpa kecederaan putus otot di bahagian tumit yang memaksa dia melupakan kejohanan selama lapan bulan sebelum dihantui kecederaan tapak kaki dalam Masters Guwahati, bulan lalu.
Must-Watch Video