Skip to main content

Badminton

Masters Thailand: June Wei lolos ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

june-wei.jpg
Setakat jam 6 petang, pusingan pertama menyaksikan hanya satu wakil berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua Masters Thailand 2024 dalam kategori perseorangan lelaki menerusi Cheam June Wei yang dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan tiga set 15-21 21-10 21-15 sebelum  menewaskan Jan Louda  dari Filipina.

Selain dari June Wei, kesemua wakil terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir seawal pusingan pertama bermula dengan beregu lelaki, Chia Weijie-Xun Liew yang memberi tentangan sengit sebelum tunduk 10-21 21-14 21-19.

Mengiringi kegagalan tersebut adalah perseorangan wanita negara, K. Letshanaa yang tumpas straight set kepada pemain pilihan dari Thailand, Ratchanok Intanon 13-21 9-21.

Choong Hon Jian-Go Pei Kee melebarkan kedukaan kem badminton kebangsaan apabila tewas straight set kepada beregu campuran Thailand, Puavaranukroh-Taerattanachai 7-21 14-21.

Chan Peng Soon-Cheah Yee See mempamerkan aksi memukau namun nasib tidak menyebelahi gandingan tersebut apabila tewas straight set 22-24, 18-21.

Mengiringi kegagalan tersebut adalah Leong Jun Hao yang tumpas dua set 14-21 17-21 kepada perseorangan kurang ternama dari India, Subramanian.

Terakhir, Wong Ling Ching juga tewas kepada perseorangan wanita India, Ashmita Chaliha 10-21 16-21.

Advertisement

Must Watch Video