Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Zii Jia terima rawatan kekejangan otot

lee-zii-jia-2.jpg
Sejurus kemenangan dramatik selepas 1 jam 24 minit menundukkan Anders Antonsen sebentar tadi, Lee Zii Jia perlu menjalani pemulihan sebagai persediaan untuk menyambung perjuangannnya dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024, esok. 

Menurut wartawan Astro Arena di Axiata Arena, Syifa Nasir, perseorangan lelaki negara nombor 10 dunia itu dilanda kekejangan otot selepas menyaji satu persembahan menarik di hadapan penyokong sendiri. 

Justeru, Zii Jia perlu berehat bagi menghadapi Angus Ng Ka Long esok. 




 

Advertisement

Must Watch Video