Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menewaskan wakil Kanada, Brian Yang.
Tze Yong berkongsi kemenangan itu memberinya keyakinan yang dicari selama ini setelah tewas di pusingan pertama untuk beberapa kejohanan.
Itu reaksi Tze Yong selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan pada pusingan pertama Malaysia Masters.
Tze Yong berjaya mengawal perlawanan dengan baik pada set pertama sehingga berjaya memenangi set tersebut dengan keputusan 21-15.
Memasuki set kedua Tze Yong bermain secara agresif untuk mendahului set tersebut dengan jauh sehingga brian tidak mampu untuk kembali bangkit dan memastikan kemenangan 21-15, 21-15.
Bagi aksi pusingan kedua Tze Yong bakal berhadapan pihak lawan sukar iaitu pilihan keempat kejohanan, Chou Tien Chen bagaimanapun Tze Yong tidak gentar dengan perkara tersebut tetapi lebih kepada perasaan teruja.