Juara Kejohanan Badminton Dunia 2019, Pusarla Venkata Sindhu, lebih memilih kejohanan berdasarkan kondisi fizikal dan mental, bukannya mengikut rentak pemain lain.
Pemain perseorangan wanita India itu menegaskan pandangan pemain lain yang berehat atau menjalani latihan pusat sebagai persiapan ke Sukan Olimpik Paris tidak memberi kesan kepadanya.
Sindhu menyifatkan Perodua Masters Malaysia (PMM) 2024 sebagai permulaan penting untuk menilai persediaan fizikal dan mentalnya menjelang kejohanan berprestij itu.
“Saya memilih Masters Malaysia kerana saya sudah bersedia dan giat menjalani latihan. Saya kini berada pada tahap keyakinan 100 peratus,” katanya yang lebih gemar disapa Sindhu.
Menurut pemain berusia 28 tahun itu, persaingan perseorangan wanita kini lebih sengit kerana setiap pemain mampu mengejutkan pemain ranking teratas dunia. Dia juga merindui sokongan peminat di Malaysia yang sentiasa membantu dan melaungkan namanya.
Mengenai persiapan ke Olimpik, Sindhu berkata, persiapannya baik, terutama selepas mengikuti lima kejohanan tanpa henti di Eropah. “Saya mahukan gelaran di Malaysia, tetapi fokus saya adalah satu perlawanan dalam satu masa. Kemenangan di sini pasti menaikkan semangat saya sebelum ke Paris,” jelasnya.