Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Semangat juang pemain negara mudah luntur, jadi panik -- Rexy Mainaky

rexy-mainaky.jpg
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, menyifatkan kelemahan mental dan kurang komunikasi sebagai faktor kegagalan beregu lelaki negara dalam Terbuka Malaysia 2022.

Malaysia memiliki dua taruhan dalam dalam separuh akhir Sabtu lalu, tetapi Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani dan Aaron Chia-Soh Woi YIk gagal menghasilkan persembahan meyakinkan.

"Pemain sendiri senang dikacau, pening sendiri, panik sendiri. 

"Contohnya Aaron dan Wooi Yik, (mereka) bermula bagus tapi kami perlukan (prestasi) saat akhir itu. Mereka sudah pegang permainan 18-14, lawan dapat mata ke-15 tapi tidak ada (sikap) mahu mengelak berikan mata lagi.

"Tapi lawan pula ketika di kedudukan itu, mereka tidak patah semangat (malah) terus berjuang tapi kami tidak.

"Ketika pihak lawan baru mendahului 5-1, pemain negara macam tidak tahu nak main apa. 

"Inilah kerja rumah yang perlu saya buat untuk kenal pasti apakah fikiran mereka ketika sudah sampai separuh akhir. Aaron-Wooi Yik memang terlalu inginkan gelaran, nampak mereka tertekan kerana berdasarkan isyarat badan, semangat juang sama sekali tidak ada dalam set kedua. 

"Fikiran mereka terlalu mahu menang. Apabila permainan mereka menjadi, mereka akan berjuang tapi kalau tidak menjadi, mereka menyerah. 

"Ia tidak boleh begitu. Ini harus dirombak," katanya.





Rexy juga menjelaskan prestasi beregu wanita negara yang menyaksikan Pearly Tan-M Thinaah mengalami masalah sama seperti kem lelaki selain memberi pujian kepada Anna Cheong-Teoh Mei Xing, yang berjaya melakar kejutan ke atas wakil ranking ketiga dunia.

"Jelas sentuhan Pearly semuanya tidak menjadi dan dia mengakuinya apabila teragak-agak dalam permainan. 

"Semuanya terburu-buru, macam panik sendiri, kemudian buat kesilapan lalu menjadi kabur. 

"Saya berikan pujian kepada Anna-Mei Xing. 

"Mereka kalah kerana hal-hal kecil, kurang berani ambil keputusan berbanding beregu Jepun yang berani ambil keputusan biarpun ketinggalan," katanya lagi. 


Edisi 2017 merupakan kali terakhir pemain negara ditabalkan juara menerusi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Wakil perseorangan wanita negara pula tidak pernah memenangi kejuaraan Masters Malaysia dengan pencapaian terbaik pada 2019 ketika Goh Jin Wei kecundang kepada Ratchanok Inthanon di peringkat separuh akhir.

 

Advertisement

Must Watch Video