Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Pearly Tan-M Thinaah layak ke separuh akhir selepas berehat panjang

thinaah.jpg
Selepas berehat lama, gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan Masters Malaysia di Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.
 
Perlawanan yang berlangsung selama 31 minit itu menyaksikan Pearly Tan-M Thinaah menundukkan cabaran dari wakil Australia dengan mata 21-16 21-8.

Selepas ini, mereka akan bertemu pilihan keenam kejohanan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan, bagi merebut tempat di perlawanan akhir, Ahad ini.

Advertisement

Must Watch Video