Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Pearly Tan-M Thinaah komited perbaiki kelemahan sebelum ke Olimpik Paris

pearlu-thinaah.jpg
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, berasa teruja beraksi di kejohanan Masters Malaysia selepas hampir sebulan tidak menyertai sebarang kejohanan.

Dia ingin menggunakan kejohanan bertaraf Super 500 sebagai medan bagi memperkemaskan lagi permainan sebelum beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024, Julai nanti.

“Pastinya setiap pemain mahukan kemenangan meraih gelaran, kita pun sama. 

“Apa yang penting ialah untuk kekalkan momentum, langkah demi langkah, fokus pada permainan kami sendiri serta elak dari sebarang kecederaan,” kata Pearly Tan.

Beregu wanita itu mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki walaupun berjaya meraih kemenangan 21-17,21-11 ke atas lawan dari India, Simran Singhi - Ritika Thaker, semalam. 

“Kami sangat teruja untuk beraksi di Perodua Masters, terutama di laman sendiri selepas lama tidak beraksi. 

“Kami bermula awalnya agak perlahan tetapi kami mula membaiki momentum di set kedua. Kami cuba beberapa perkara baru di sini dan diharap akan terus memperbaiki rentak.” tambah M.Thinaah.

Advertisement

Must Watch Video