BADMINTON

Masters Malaysia: Kian Meng-Pei Jing tunjukkan pasangan Thailand jalan keluar

Stadium Astro
Saufi Tahir
22/05/2024
06:37 MYT
Sponsor Banner
Masters Malaysia: Kian Meng-Pei Jing tunjukkan pasangan Thailand jalan keluar
Pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang merupakan pilihan kelapan cemerlang menewaskan gandingan dari Thailand di pusingan pertama Kejohanan Masters Malaysia 2024, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan pasangan itu ketinggalan jauh 0-6 sebelum mengejar kembali untuk membawa kepada kedudukan 9-9 sekaligus meneruskan momentum untuk melakar kemenangan 21-16.
Begitupun, pasangan Thailand yang berada di kedudukan ke-32 dunia itu berjaya mengemaskan permainan dengan lebih berdisiplin untuk menewaskan Kian Meng-Pei Jing 21-17 dalam set kedua untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Aksi set penentuan bermula dengan sengit pada permulaan dengan masing-masing cuba untuk tidak meninggalkan lawan dengan jurang yang besar, tetapi penggalaman pasangan jelas membantu untuk meraih kemenangan 21-19 dalam masa 1 jam 8 minit.
Sementara itu, satu satu lagi wakil beregu wanita negara. Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien terpaksa akur dengan lawan dari Indonesia selepas tewas 14-21,11-21 dalam tempoh 42 minit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video