BADMINTON
Masters Malaysia: Kesakitan kaki kekang hasrat kejuaraan Lee Zii Jia
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menanggung azab kesakitan kaki ketika menentang Viktor Axelsen dari Denmark dalam perlawanan akhir Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Walaupun berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengaku kalah, Zii Jia terpaksa akur bahawa kejuaraan bukan miliknya apabila tewas kepada Axelsen dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 6-21, 22-20 dan 13-21 yang berlanjutan selama satu jam tiga minit.
Set pertama menyaksikan Zii Jia tidak dapat menemui sentuhan dan rentak permainannya.
Iklan
Sebaliknya Axelsen yang memimpin permainan dengan medahului 7-1 sebelum melebarkan jurang mata kepada 14 berbalas 5.
Zii Jia cuba cipta kebangkitan, namun sentuhannya serba tidak menjadi dan beberapa pukulannya gagal menemui sasaran serta memberikan mata mudah kepada lawannya.
Axelsen kemudian mengutip lima mata berturut-turut untuk mendahulu 19-5 sebelum menang 21 berbalas enam.
Set kedua rentak berbeza dengan Zii Jia mendapat angin baru dan mula menemui sentuhannya.
Ini dibuktikan apabila dia mendahului 11-4 tetapi selepas rehat, Axelsen bangkit mengejar hingga berjaya menjadikan kedudukan 19 sama,
RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 FINAL#DEN?? Viktor Axelsen(1) def. #MAS?? Lee Zii Jia(5) 21-6 20-22 21-13In his back to back final appearance, Zii Jia fought hard in an action-packed bout against the Dane. Well done, Jia. Keep the momentum going!… pic.twitter.com/ICcpIZnntK— BAM (@BA_Malaysia) May 26, 2024
Zii Jia kemudian meraih mata akhir 20-19 tetapi Axelsen dapat menyamakan kedudukan 20 sama.
Namun Zii Jia akhirnya berjaya juga raih dua mata akhir selepas harungi saat-saat mencemaskan untuk menang 22-20 bagi membawa perlawanan ke set ketiga.
Permulaan set penentuan tampak Zii Jia mengalami kesakitan kaki apabila ketinggalan 4 kosong dan kemudian meminta rawatan pegawai perubatan. Ketika itu kelihatan dua sudah bersedia untuk menarik diri dalam perlawanan itu apabila seperti bersalaman dengan pemain Denmark itu.
Namun dia kemudian meneruskan permainan tetapi ketinggalan 2-5 sebelum rapatkan jurang kepada 6-7.
Tetapi dengan pergerakan kaki yang makin terbatas, ia menjadikan mudah buat Axelsen untuk mendahului 17-12 dan kemudian hampir kepada mata akhir 19-13.
Pada ketika ini Zii Jia terpaksa bermain dengan kesakitan dan dia akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan Axelsen mengutip mata akhir untuk kejayaan 21-13 serta kejuaraan perseorangan lelaki Masters Malaysia.
Must-Watch Video