Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Jin Wei terkandas, Pearly Tan-M. Thinaah mara ke suku akhir

pearly-tan.jpg
Beregu nombor satu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mudah melangkah ke suku akhir selepas menewaskan wakil dari India, Simran Singhi-Ritika Thaker, di Axiata Arena, sebentar tadi.

Pemain negara mempamerkan aksi yang berdisiplin dari aspek serangan dan pertahanan dalam set pertama untuk melakar kemenangan 21-17.

Set kedua pula menyaksikan pemain pilihan kedua itu mendominasikan perlawanan menewaskan wakil India di kedudukan ke 60 dunia itu 21-11.

Sementara itu, pemain perseorang wanita negara, Goh Jin Wei, terpaksa akur apabila tewas kepada wakil dari Thailand yang berada di kedudukan ke-20 dunia 21-10,21-14.


 

Dua lagi wakil pasangan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, berjaya melangkah ke pusingan seterusnya untuk bertemu di peringkat suku akhir esok.

 

 

Advertisement

Must Watch Video