Juara Terbuka Thailand, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir Masters Malaysia 2025 apabila langkah dihentikan oleh Tembok Besar China di Axiata Arena, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Jia Yifan di samping gandingan terbarunya, Zhang Shuxian, tidak diberikan laluan mudah untuk ke perlawanan akhir apabila memerlukan 1 jam 15 minit dalam pertarungan tiga set.
Meskipun tumbang set pertama 16-21, gandingan beregu wanita negara itu mengheret pilihan ketujuh kejohanan itu memasuki set penentuan dengan kemenangan 21-15.
Namun, corak permainan terlalu berhati-hati yang termasuk pukulan tidak kemas yang dipamerkan di penghujung permainan telah meragut peluang kemenangan mereka apabila tunduk 14-21.
"Kami sangat kecewa tewas aksi hari ini, namun banyak perkara yang harus dipelajari.
"Kami tidak mahu menjadikan kekalahan ini sebagai halangan selepas ini dan bersedia untuk minggu hadapan," kata Thinaah kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Tidak pernah terfikir bermain di separuh akhir dan kami akan mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan.
"Dengan kekalahan ini kami tidak akan bersedih sangat, sebab sudah memberikan yang terbaik," kata Pearly Tan di Nadi Weekend.