Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin berakhir di tangan pilihan kedua

goh-sze-fei-nur-izzuddin.jpg
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal melepasi rintangan yang dijelmakan pilihan kedua Kejohanan Badminton Masters Malaysia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dalam pertarungan straight set, sebentar tadi. 

Begitupun, jurang prestasi kedua-dua gandingan di Axiata Arena tidak begitu jauh tatkala gandingan Denmark itu meneruskan kemaraan mereka. 

Dan tiga kali, Sze Fei-Nur Izzuddin terperangkap di kedudukan ke-18 yang memastikan lawan terlebih dahulu mengesahkan mata akhir sebelum mengakhir set pertama itu 21-19. 

Bagaimanapun, selepas seimbang 6-6 dalam set kedua, beberapa kesilapan sendiri telah mengundang kelebihan untuk lawan itu selesa memimpin permainan 15-9 dan menamatkan sisa perjuangan beregu tuan rumah tersebut.

Advertisement

Must Watch Video