Menjelang Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024, sandaran utama beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, optimis bahawa peluang untuk mereka cipta sensasi sebagai juara bagi kategori beregu lelaki sangat tinggi bagi mereka.
Untuk rekod kali terakhir pasangan beregu lelaki negara berjaya catat kejuaran dalam kategori ini adalah pada 2013 yang dirangkul oleh Goh V Shem-Lim Khim Wah 11 tahun menanti dan inilah masanya untuk juara dunia 2022 itu kembali harumkan nama negara di laman sendiri.
Aaron Chia dan Wooi Yik ketika ditemu bual dalam rancangan Nadi Terkini: Latihan rasmi skuad badminton negara menjelang saingan Masters Malaysia berkata bahawa mereka berpeluang untuk cipta sensasi itu kali ini.
"Peluang yang tinggi tetapi tetap kami perlu berikan yang terbaik untuk raih gelaran itu," kata Aaron.
Wooi Yik juga menambah bahawa mereka sedang berusaha bagi mendapatkan persembahan terbaik bagi mencipta banyak lagi gelaran di jelajah BWF.
"Kami masih berusaha mendapatkan persembahan terbaik kami selepas kami mendapat gelaran jelajah pertama di Denmark, jadi kami akan buat lebih baik untuk tahun ini, kami pun agak konsisten di sepanjang tahun ini.
"Saya rasa semua perkara yang kami perlu lakukan adalah untuk dapatkan persembahan terbaik lagi menjelang Olimpik Paris.
"Kami kena lebih berhati-hati dan memperkuat tatkti dan strategi permainan kami."