Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan ujian kekuatan mental di penghujung permainan sebelum mengetepikan Akira Koga-Taichi Saito 21-16, 21-19 dalam pusingan awal Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Beregu lelaki utama negara itu -- yang dituntut agar lebih kental dalam soal mentaliti perjuangan -- memberi gambaran awal untuk mengulangi keputusan pusingan pertama Terbuka Malaysia, minggu lalu, dengan membuka kemenangan set pertama 21-16 ke atas dari Jepun itu.
Begitupun, Aaron-Wooi Yik membuatkan penyokong Malaysia tidak duduk senang apabila bergelut untuk 'membunuh' pertarungan sungguhpun mendahului 19-13.
Mereka membenarkan lawan untuk mengutip lima mata berturut-turut sebelum seteru mereka itu menghambat kedudukan 19-20.
Kelegaan akhirnya memihak beregu negara itu apabila Wooi Yik membenam mata akhir dengan satu libasan kencang.
"Keadaan kami masih kurang baik, permainan kami belum tekal. Apabila sudah mendahului selesa set kedua, kami bermain terlalu berhati-hati.
"Kami perlu pertimbangkannya, tidak boleh berulang lagi.
"Kami beraksi lebih baik ketika berdepan mereka pada minggu lalu," kata Aaron yang bakal berentap dengan wakil Korea Selatan, Kim Gi-jung-Kim Sa-rang, selepas ini
Menurut Wooi Yik pula, "Tahap kami mungkin lebih tinggi kepada mereka, mampu beri tekanan kepada mereka.
"Tapi apabila sampai ke mata genting, kami perlukan masa untuk perbaikinya lagi.
"Mungkin ia berkaitan soal taktikal dan tahap pemikiran."
Keputusan lain:
Goh V Shem-Low Juan Shen kalahkan Bagas Maulana-Shohibul Fikri 15-21, 21-14, 21-19
Fajar Alfian-Rian Ardianto kalahkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-14, 22-20