Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Zii Jia tempah slot ke suku akhir

zii-jia.jpg
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan suku  Masters Indonesia sebentar tadi di Jakarta.

Selepas merekodkan kebangkitan dalam aksi terdahulu, mengatasi wakil India, K.Srikanth, 19-21, 21-14, 21-11, Zii Jia mempamerkan permulaan yang baik bertemu wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.

Angus, yang merupakan pemain bimbingan jurulatih kelahiran Malaysia, Wong Choong Hann, berjaya menghadirkan tentangan di awal permainan sehingga memimpin permainan 11-10 sebelum Zii Jia memperkemaskan pukulan sebelum menang set pertama 22-20.

Set kedua menyaksikan Zii Jia lebih dalam kawalan, melakukan pukulan demi pukulan berkualiti sebelum memastikan kemenangan 21-15 sekaligus melangkah ke suku akhir.

Halangan berikutnya di suku akhir antara wakil India, R. Prisanyu atau Briang Yang dari Kanada.

Advertisement

Must Watch Video