Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Zii Jia bangkit atasi Srikanth, Jun Hao singkir Nishimoto

lee-zii-jia.jpg
Kerja keras Lee Zii Jia untuk melolosi pusingan awal Masters Indonesia sebentar tadi berbaloi untuk dia menyertai Leong Jun yang menyingkirkan Kenta Nishimoto menerusi pertarungan dua set di Jakarta. 

Walaupun bermula kurang meyakinkan, Zii Jia memperkemaskan permainannya untuk mengatasi wakil India, K.Srikanth, 19-21, 21-14, 21-11.

Pemain di ranking ke-10 itu menjelmakan permainan menyerang ketika memberi tekanan kepada Srikanth. 

Rejaman silangnya mencuri perhatian dalam kejayaan ini dan pastinya ramai yang menaruh harapan agar dia menjelmakan prestasi serupa ketika berdepan Angus Ng Ka Long dalam pusingan kedua, esok. 

Jun Hai pula mengatasi seterunya dari Jepun 21-17, 21-17 bagi mengatur pertemuan dengan Anthony Ginting.

Dalam beregu campuran, empat gandingan negara mara ke pusingan seterusnya tatkala Choong Hon Jian-Go Pei Kee terkandas. 



Begitupun, Chan Peng Soon-Cheah Yee See akan bertemu dengan rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, manakala Goh Soon Huat-Shevon Lai menentang pilihan keempat, Kim Won-ho-Jeong Na-eun.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula akan berentap dengan pemain Indonesia, Rehan Kaufal Kusharjanto-Lisa Ayu, untuk slot ke suku akhir. 

Perseorangan wanita, Goh Jin Wei, terpaksa melupakan baki kejohanan apabila tumpas straight game kepada Han Yue dari China dan K.Letshaana disingkirkan pemain Indonesia,  Putri Kusuma Wardani.
 

Advertisement

Must Watch Video