Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Masters Indonesia dengan menewaskan seteru dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long, yang juga anak didik jurulatih kelahiran Malaysia, Wong Choong Hann.
Pemain di ranking 40 dunia itu mempamerkan permainan lebih kemas di Jakarta tatkala lawan menghadirkan tentangan untuk kedudukan 11-10 bagi memastikan set pertama miliknya 22-20.
Set kedua pula menyaksikan Zii Jia bukan sahaja bermain dengan kemas malah mendominasi lawannya dan melancarkan pukulan demi pukulan yang berkualiti untuk menang 21-15, seterusnya mengesahkan tempat ke suku akhir keduanya dalam tiga kejohanan yang disertai.
Dalam masa sama, selepas melakar kejutan menundukkan pemain ke-11 dunia, Kenta Nishimoto, dalam aksi pusingan 32, kemaraan Leong Jun Hao disekat pemain keempat dunia, Anthony Ginting.
Jun Hao yang diuji dengan kecederaan belakang selepas mengharungi jadual padat menunjukkan aksi memberansangkan berdepan Ginting.
Namun, ia tidak cukup untuk menidakkan Hinting yang berkelebihan bermain di laman sendiri apabila diiringi sorakan penyokong dalam indonesia masters.
percubaan bounce back dilakukan dalam set kedua apabila ada satu ketika berjaya mengikat kedudukan 10-10.
Usaha itu sekali lagi disekat Ginting dengan keputusan 17-21 yang menyaksikan Jun Hao terpaksa akur tewas dalam aksi pertarungan dua set kepada wakil tuan rumah itu.