BADMINTON
Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang, Soon Huat-Shevon Lai turut kecundang
Finalis Badminton Akhir Jelajah Dunia BWF tahun lalu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran selepas tewas dalam aksi rubber set Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, sebentar tadi.
Gandingan di ranking ketiga dunia itu tidak menunggu masa lama untuk memenangi set pertama 21-18, sekali gus mengekalkan keyakinan tersendiri meskipun diberi asakan oleh juara Petronas Terbuka Malaysia itu.
Namun, memasuki set kedua, kecemerlangan tersebut dipatahkan oleh wakil Thailand itu yang tidak berputus asa mengikat kedudukan dan mengheret aksi ke set penentuan.
Iklan
Tang Jie-Ee Wei tidak berhasil mengulangi skrip ketika Terbuka India minggu lalu berdepan lawan yang sama apabila gagal menemui sentuhan terbaik pada saat getir sebelum meraih sebelum tewas 18-21.
Sementara itu, nasib berbeza/serupa menimpa pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang terpaksa menerima kepahitan susulan perjalanan mereka terhenti di suku akhir kejohanan bertaraf super 500 itu.
Wakil dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, mudah menoktahkan kemenangan straight set, 21-15, 21-9 yang mengakibat pasangan beregu campuran profesional negara itu harus meninggalkan Jakarta dan beralih ke cabaran Masters Thailand, bulan depan.
RESULTS: #IndonesiaMasters2025XD | QF#JPN🇯🇵 Hiroki Midorika-Natsu Saito def.#MAS🇲🇾 Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-15 21-9⏱️ 30 m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/v3ygL75XS6— BAM (@BA_Malaysia) January 24, 2025
Must-Watch Video