Skip to main content

Badminton

Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin tepati ramalan ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fei-din.jpg
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menepati ramalan layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters China apabila menumbangkan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, di Shenzen sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan ketujuh, gandingan negara itu memperoleh tentangan hebat sejak awal set pertama sebelum mula menguasai penghujung set berkenaan untuk menang 21-18.

Skrip hampir sama berlaku pada awal set kedua tetapi selepas kedudukan terikat 10-10, mereka tidak pernah lagi ketinggalan untuk menang 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 37 minit.

Cabaran lebih besar dijangka menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok apabila dijadualkan bertemu gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi Isfahani, yang menyingkirkan beregu pilihan utama tuan rumah, yang juga beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
 

Advertisement

Must Watch Video