Skip to main content

Badminton

Masters China: Man-Tee tumbangkan adik-beradik Popov

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

man-tee.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mengesahkan tempat ke Pusingan 16, Kejohanan Badminton Masters China 2025 di Arena Shenzhen, sebentar tadi.

Man-Tee menewaskan gandingan adik-beradik dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov, buat kali keempat menerusi aksi straight set 21-11, 27-25, 21-15 dalam tempoh 58 minit.

Wakil negara yang turun selaku pilihan kelima kejohanan berstatus Super 750 itu berada dalam momentum terbaik mereka dengan mampamerkan serangan yang kemas untuk menewaskan Christo-Toma 21-11.



 

Set kedua pula menyaksikan Man-Tee menerima cabaran sengit daripada wakil Perancis itu apabila masing-masing terikat 17-17, namun wakil negara itu terpaksa akur tewas melawan 25-27 sebelum bangkit kembali dengan kemenangan 21-15 sekali gus memastikan slot 16 terbaik menjadi milik mereka.

Mereka bakal turun esok berdepan wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura mahupun Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia.

 

Advertisement

Must Watch Video