Skip to main content

Badminton

Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut dapat bantuan psikologi

mantee.jpg
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mendapat sokongan psikologi dari pempengaruh kesihatan, Frederick Tan, dan mengakui ia mampu membantu mereka ketika beraksi di gelanggang. 

Gandingan yang mesra disapa 'Man-Tee' itu sedia mempertahankan kedudukan sebagai finalis di Masters Malaysia pada edisi kali ini bermula 21 hingga 26 Mei ini.

"Kami akan menjadikan pemain yang akan ke Sukan Olimpik sebagai 'sparring partner' bagi persiapan kejohanan Malaysia Masters yang akan berlangsung, minggu depan," kata Man Wei Chong.
 
Tambah Tee Kai Wun: "Kami ingin mengekalkan prestasi terbaik kami dan mahu mengurangkan kesilapan mudah dan sedang berbincang bersama pakar psikologi juga untuk mendapatkan nasihat yang bagus ketika di sana," 

Advertisement

Must Watch Video