Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, berkata dua perkara penting akan menjadi fokus utama Kejohanan Badminton Super 100 di Stadium Juara, Bukit Kiara minggu depan.

Selain menjadi medan terbaik buat barisan pemain pelapis, kejohanan itu juga diharap dapat membuka ruang buat fanatik badminton negara untuk hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kerana tiket masuk kejohanan itu adalah percuma.

"Bagi pihak BAM, ia memang kejohanan yang penting untuk memberi peluang untuk pemain-pemain pelapis kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Yang kedua, ini merupakan kali kedua kami menganjurkan kejohanan ini, jadi kami mahukan seberapa ramai peminat untuk datang ke stadium bagi menyaksikan pemain pelapis ini berentap di peringkat antarabangsa.

"Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk tidak menjual tiket," katanya